Anda minat cerita hindustan tak? Siapa hero kesukaan anda?
Zaman sekarang ni bukan orang tua muda sahaja ‘sakan’ dok melayan hindustan, budak-budak pun ada hero kegemaran mereka sendiri tau.
Terbaru, anak kepada pelakon Faezah Elai iaitu Aurora Heyrinna merajuk sampai tarik muka dengan ibunya gara-gara hendak berjumpa dengan Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK).
Katanya, Aurora amat meminati SRK sampaikan anak perempuannya itu sanggup ‘terbang’ ke India.
Perkara itu diceritakan Faezah sendiri menerusi laman Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/B28bJD9FWyD/
Amboi, baru berusia tiga tahun dah pandai minat kat SRK! Lawak sungguh ‘drama’ dua beranak ini.
Lantas, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, rata-rata terhibur dengn gelagat comel Aurora.
Faezah telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pengarah, Heykal Hanifah pada September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Post comments (0)