
Bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jan ini dalam kes saman fitnah difailkannya terhadap pempengaruh dan ahli perniagaan, Aliff Syukri Kamaruzaman.
Dalam pernyataan tuntutannya, bekas pemimpin Umno berusia 78 tahun itu menegaskan dakwaan Aliff bahawa beliau berhutang “puluhan juta ringgit” menjejaskan reputasi awamnya secara serius.
Kadir berkata, sekitar Julai 2023, Aliff menerusi laman Instagramnya mendakwa beliau, sebagai bekas menteri, sepatutnya kaya dan mampu melangsaikan hutang itu, tetapi mengelak membayarnya.
Aliff turut berkata, beliau tidak mahu mendedahkan sebab Kadir meminjam wang itu kerana ia akan memalukan Kadir serta keluarganya.
Hantaran itu disertakan gambar Kadir dan pembaca dipelawa meninggalkan komen.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: