Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Minta maaf dulu, Kitingan beritahu Rafizi berkait hubungan GRS-PH selepas PRU15

today11 November 2022

Background



Jeffrey Kitingan (kiri) berkata beliau terkejut dengan Rafizi Ramli yang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan GRS.

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberitahu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli supaya memohon maaf atas kenyataannya pada Hari Malaysia lalu, sebelum bercita-cita menjalin kerjasama dengan gabungan itu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Jeffrey Kitingan, timbalan pengerusi GRS, berkata walaupun idea Rafizi bekerjasama dengan GRS dan Gabungan Parti Sarawak untuk membentuk kerajaan persekutuan adalah “praktikal dan satu langkah ke arah yang betul”, ia tetap mengejutkan.

Katanya, ia kerana apa yang telah dikatakan Rafizi beberapa bulan lalu dalam perutusan Hari Malaysia di mana beliau mendakwa pemimpin Sabah dan Sarawak menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengumpul kekayaan.

Kitingan memberitahu FMT: “Adakah beliau masih menganggap kemunduran dan kemiskinan Sabah berpunca daripada penyalahgunaan kuasa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Tracy Patrick dan Robin Augustin


Previous post