Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mira Filzah Kongsi Tips Elak Wajah Breakout

today6 April 2020

Background

Tak keluar rumah waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni pun kulit muka boleh breakout ke?

Ya, tambah pula jika seharian kita dengan penyaman udara, ia boleh menarik kelembapan kulit dan menyebabkan dehidrasi.

Duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka okay! Ini antara tips yang dikongsikan oleh pelakon cantik manis Mira Filzah untuk elak kulit muka breakout teruk sepanjang PKP.

https://www.instagram.com/p/B-mDMToB5nS/

Kata Mira, dia mengambil supplements seperti vitamin C, madu dengan Habbatus Sauda untuk elak kulit wajah naik jerawat ‘comel’.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.

Selain itu, Mira yang baru sahaja memasuki usia 27 tahun pada 2 April lalu turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.

Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.

Bagi mereka yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tips daripada Mira Filzah ini okay!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *