Pelakon dan pengacara Mira Filzah pada 28 Ogos 2020, selamat menyempurnakan majlis khatam al-Quran.
Majlis berkenaan dilangsungkan secara sederhana di kediamannya keluarganya di Bangi, Selangor.
Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu tampak berseri-seri dalam persalinan merah jambu, pada majlis yang diatur menjelang perkahwinannya.
Tidak keseorangan, Mira turut ditemani adiknya Aina Fadhilah.
https://www.instagram.com/p/CEaduMLFQAM/

https://www.instagram.com/p/CEalAAAl9dN/
https://www.instagram.com/p/CEaiD7LlskK/
Pelakon Pujaan Hati Kanda ini masih berahsia mengenai tarikh pernikahan dengan arkitek, Wan Emir Astar yang juga anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Sumber daripada: Instagram Kayangan Gallery, Blushbysyafiqah & Wanemirafilzah
Post comments (0)