Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Mona Allen Rela Hati Berhijab” – Pekin Ibrahim Bersyukur Perubahan Isteri

today28 October 2022

Background

Pelakon Pekin Ibrahim meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Mona Allen yang juga seorang pelakon kini tampil dengan imej baharu iaitu berhijab tanpa paksaan.

Memetik laporan Harian Metro, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim menjelaskan bahawa dia tidak pernah menggesa isterinya untuk berubah secara drastik.

“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan relah hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” jelasnya kepada Harian Metro.

Namun, Pekin menasihati isterinya untuk tidak membuat perkongsian secara terbuka mengenai penampilan bertudung kerana risau akan dikecam jika berlaku sebaliknya.

“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Pekin akui dia sangat senang hati dengan penampilan terkini isterinya dan mendoakan supaya Mona terus istiqamah.

Untuk info, Pekin telah mendirikan rumah tangga bersama Mona Allen pada Disember 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang putera yang selamat dilahirkan pada tanggal 31 Ogos lalu yang diberi nama Petra Pekin.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post