Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Sedih Lihat Ayah & Anak Lawat Pusara Siti Sarah – “Tak Pernah Terpadam Cinta & Sayang”

today28 October 2022

Background

Tular sebuah video penyanyi dan pelakon veteran, Raissuddin Hamzah bersama cucu, Uwais Al-Qarni melawat pusara Allahyarhamah Siti Sarah, baru-baru ini.

Menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, video berdurasi 23 saat itu memaparkan aksi Raissuddin memegang batu nisan arwah dan ia mengundang perasaan hiba netizen.

@suciuwais Tidak akan pernah terpadam cinta dan sayang #cinta #sayang #fyp ♬ Cahaya Hati (Nurul Qolbi) – Opick

“Sampai sekarang tak boleh bayangkan perasaan sedih anak-anak arwah dengan atoknya” tulis salah seorang warganet di ruangan komen.

Selain itu, rata-rata netizen menitipkan kiriman doa dan Al-Fatihah buat arwah.

Bukan itu sahaja, wargamaya turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah dan masih ada yang tidak percaya Siti Sarah sudah tiada.

Warganet juga mendoakan anak-anak dan bapa arwah untuk terus kuat dan tabah menerima segala suratan takdir itu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 570,000 tontonan dan lebih 50,000 tanda suka.

Written by: Aqilah


Previous post