Walaupun pada awalnya drama ini dijadual ditayangkan pada April lalu, namun atas sebab kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari 18 Mac 2020, berita baik kembali menanti penonton!
Drama 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan bermula 2 Julai ini selepas pelakon utamanya iaitu Shukri Yahaya memuat naik montaj drama terbabit menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/CBKo7lnn9tT/
Montaj tersebut turut menggunakan runut bunyi lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza selain turut mendapat sentuhan daripada komposer Ippo Hafiz.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih daripada 20,000 tontonan dan reaksi positif daripada peminat yang menyatakan tidak sabar menantikan drama berkenaan ditayangkan sejak ia dimuat naik.
Post comments (0)