Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Motosikal bertembung, jururawat ulang alik 100km maut kemalangan

today14 February 2023

Background


Nahas di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau itu turut mengorbankan seorang anggota polis yang menunggang motosikal dari arah bertentangan.

Kemalangan membabitkan dua motosikal yang bertembung di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau semalam mengorbankan seorang jururawat dan seorang anggota polis.

PETALING JAYA: Seorang jururawat dan seorang anggota polis maut apabila motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Balik Pulau pagi semalam.

Dalam kejadian pada 6.40 pagi di Jalan Tun Sardon itu, Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, menunggang motosikal dari arah Relau menuju Balik Pulau, manakala Norsyazwani Roslan, 30, datang dari arah bertentangan.

Dilaporkan bahawa Muhammad Zohair, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan IPD Barat Daya, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian badan.

Norsyazwani yang turut mengalami kecederaan parah kemudian meninggal dunia pada kira-kira 10 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Balik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post