Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Foto Berbulan Madu, Netizen Pertikai Rambut Beruban Suami Mira Filzah

today14 September 2020

Background

Sedang sibuk menikmati bulan madu di Langkawi, pelakon manis Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar turut berkongsikan foto-foto romantis mereka dilaman sosial Instagram untuk tatapan peminat.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila ramai yang terkejut melihat gambar Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih.


Aduhai netizen, ada sahaja yang nak diperkatakan ya. Apa yang tidak sedapnya apabila ada yang mengata rambut suami Mira itu sudah beruban mereka diibaratkan seperti anak dan bapa apabila bergambar berdua.

Meskipun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengecam sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.

Sumber : Rotikaya

Ada yang turut memberi nasihat supaya jangan menilai seseorang daripada paras rupa dan usia kerana apa yang paling penting adalah seseorang lelaki itu boleh membimbing dan menjaga diri kita. Okay geng, kalau tidak ada perkara yang baik itu dicakap, lebih baik berdiam. kan lebih kita doakan kebahagiaan mereka? Peace!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *