Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Foto Hitam Putih, Peminat Risau Elfira Loy Sedang Bersedih

today4 September 2020

Background

Selepas bergelar isteri dan ibu kepada suaminya, Faris Khairol Anuar dan dikurniakan seorang cahaya mata, kita jarang sekali dengar cerita tentang Elfira Loy.

Terbaru, Elfira berkongsi gambar hitam putih menunjukkan dirinya yang sedang tersenyum serta kapsyen berbaur sedih di akaun Instagram @elfiraloy baru-baru ini sehingga menjadi perhatian ramai.

https://www.instagram.com/p/CEmPpe2FBlb/

Foto itu membuatkan ada yang menganggap Elfira sedang bersedih, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan peminatnya. Malah, ada segelintir peminat yang risau serta terkejut dengan posting berkenaan.

Mereka turut menasihati Elfira supaya sentiasa tabah dan kuat menghadapi apa jua ujian yang diberi Allah.

Bagaimanapun, Elfira tidak membalas sebarang komen peminat dan hanya memilih untuk berdiam diri.

Harap Elfira dan keluarga baik-baik sahaja!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *