Naked face atau wajah tanpa sebarang solekan adalah keinginan semua wanita.
Tetapi, tak ramai yang berani keluar rumah tanpa secalit make up dek kerana masalah kulit muka yang dialami sesetengah wanita.


Untung menjadi pelakon yang bernama Mira Filzah, bukan sahaja berbakat, malah dia juga memiliki kulit muka yang bersih dan sihat.
Menerusi laman Instagram miliknya, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ada berkongsikan foto terbaru wajahnya tanpa mengenakan sebarang solekan.
https://www.instagram.com/p/B5DAGk-hXsR/
Cantik kan? Foto yang dimuat naik itu dengan pantas meraih lebih 146,000 tanda suka dengan rata-rata peminat memuji kulit mukanya yang dikatakan natural beauty.

Post comments (0)