Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Gambar Bercuti Dengan Kekasih, Atikah Suhaime Tidak Ambil Kisah Kata Orang

today8 September 2020

Background

Pelbagai kontroversi yang melanda diriΒ pelakon Atikah Suhaime sebelum ini, namun dia terus kuat dan mengambil sikap tidak mempedulikan kata-kata orang.

Terbaru, Atikah memuat naik foto dan videonya bercuti di Langkawi bersama teman lelaki, Datuk Lokman Teh sehingga mendapat perhatian netizen.

Seperti biasa, netizen tidak duduk diam. Rata-rata pengikut di laman sosialnya menasihati Atikah untuk berkahwin dan tak kurang juga mereka yang meminta Atikah untuk endahkan kecaman netizen asalkan dia bahagia dengan apa yang dilakukan.

Menerusi foto dan video percutian tersebut, Atikah bukan sahaja bersama kekasihnya malah bersama rakan-rakannya yang lain.

https://www.instagram.com/p/CEqX4drJs5y/

Terdahulu, Atikah mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *