Pelbagai kontroversi yang melanda diri pelakon Atikah Suhaime sebelum ini, namun dia terus kuat dan mengambil sikap tidak mempedulikan kata-kata orang.
Terbaru, Atikah memuat naik foto dan videonya bercuti di Langkawi bersama teman lelaki, Datuk Lokman Teh sehingga mendapat perhatian netizen.

Seperti biasa, netizen tidak duduk diam. Rata-rata pengikut di laman sosialnya menasihati Atikah untuk berkahwin dan tak kurang juga mereka yang meminta Atikah untuk endahkan kecaman netizen asalkan dia bahagia dengan apa yang dilakukan.
Menerusi foto dan video percutian tersebut, Atikah bukan sahaja bersama kekasihnya malah bersama rakan-rakannya yang lain.
Terdahulu, Atikah mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.