Meskipun baru hampir sebulan bergelar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menambat hati rakyat Malaysia menerusi keprihatinan yang ditunjukkan beliau dalam usaha memerangi krisis wabak Covid-19 ketika ini.

Menerusi laman Twitter rasmi beliau, Muhyiddin ada memuat naik beberapa keping foto memaklumkan dirinya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur pada 29 Mac, untuk meninjau amalan orang ramai selain membeli sedikit barangan keperluan.
Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik. pic.twitter.com/efqp1jEv8e
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 29, 2020
Melalui ruangan status yang ditulis, beliau memuji rakyat Malaysia yang dilihat sudah mula mengikuti arahan dengan menjaga jarak sosial antara satu lain.
Selain itu, beliau yang mendapati barangan di pasar raya masih penuh dan mencukupi lantas menasihati masyarakat untuk tidak panik.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian yang dibuat Perdana Menteri Ke-8 Malaysia itu telah meraih 18,900 Retweets dan 40,700 tanda suka.
Post comments (0)