Buat peminat setia program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) sudah pasti korang familiar dengan penyanyi yang menggunakan nama samaran Ya! Tuan atau nama sebenarnya Mu’izz Zulqarnain.
Setelah memenangi program ICSYVMY (Musim kedua), Mu’izz yang juga juara termuda program berkenaan kini muncul dengan single pertama, Andai Nanti.
Sedap kan lagu ni? Kalau korang nak tahu, penyanyi berusia 17 tahun ini juga berbakat dalam menyanyikan pelbagai genre lagu.
Ini buktinya ketika Mu’izz datang ke konti bersama Geng Pagi Hot hari ini.
https://www.instagram.com/p/B3BAwjnhMQL/
Sejak dilancarkan pada malam Ahad, lagu Andai Nanti ciptaan Aaron Jiam manakala lirik oleh Fedtri Yahya itu telah meraih hampir 20K jumlah tontonan di laman Youtube.
Bagi korang yang terlepas menonton persembahan Mu’izz di program CSYVMY2 ia boleh disaksikan semula menerusi laman Youtube (minggu kelapan), menampilkan Haqiem sebagai artis undangan yang kini telah meraih lebih sejuta tontonan.
Post comments (0)