
PETALING JAYA: Ramadan menjadi bulan terbaik ‘berpuasa daripada fitnah politik’, kata Mujahid Yusof Rawa.
Timbalan presiden Amanah berkata, ini disebabkan politik Malaysia sentiasa digegarkan isu panas yang lebih merupakan fitnah dan kelicikan taktik.
“Saya menyeru kepada semua pihak supaya kita mengambil kesempatan sempena Ramadan ini untuk kita berpuasa dari fitnah politik, fitnah perkauman, dan fitnah agama yang menyuburkan budaya kebencian dan permusuhan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Ramadan bukan sahaja menghalang diri daripada makan dan minum, malah wajib menghalang mulut menularkan perasaan dendam dan benci sesama insan.
“Jadikan majlis berbuka sebagai talian silaturahim dengan kita bersikap ‘Rahmah’ rentas kepartian dan kelompok,” katanya.
Senator itu berkata, sememangnya tujuan atau syariat berpuasa untuk membebaskan diri daripada…