TAHNIAH! pelakon terkenal, Wawa Zainal selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, petang Ahad.
https://www.instagram.com/p/B5hmWC2hxaN/
Cahaya mata ketiga itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
https://www.instagram.com/p/B5iSpzxhikt/
Menerusi akaun Instagram Wawa, difahamkan Ayya Soffya dilahirkan awal sehari, yang sepatutnya bersamaan dengan hari ulang tahun suami tercinta, Aeril Zafrel.
https://www.instagram.com/p/B5hmRpmg9pP/
Menjengah ke Instagram Aeril pula, dia mendedahkan wajah puteri kecilnya itu persis seperti Wawa.
Selain itu, Aeril turut memuat naik sepotong video pendek saat sebelum Wawa memasuki dewan bedah.
https://www.instagram.com/p/B5g8nGVA8Mi/
Alhamdulillah, selamat semuanya. Lalu, berita gembira yang dikongsikan itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga peminat.
Sebagai rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Post comments (0)