Pelakon terkenal yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga, Wawa Zainal baru-baru ini ada memuat naik foto bersama anak perempuannya, Hayla di Instagram.
Kapsyen ditulis Wawa, “muka sama tak dengan adik” ternyata mendapat perhatian peminat di ruangan komen.
https://www.instagram.com/p/B6Z2yirBL_B/
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Namun, ada juga segelintir mereka yang berpendapat wajah Hayla yang kini berusia empat tahun saling tidak tumpah seperti ayahnya, Aeril Zafrel di bahagian mata.
Comel je kan…apa pula pendapat anda?
Untuk rekod, Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 serta dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Aya Soffya yang dilahirkan pada 1 Disember lalu.
Post comments (0)