Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Muka Tu Tak Senyum Sangat Sebab Masih Single” – Zara Zya

today2 January 2020

Background

Sempena kedatangan tahun baharu 2020, ramai rakan-rakan artis mula memuat naik foto terkini mereka di media sosial termasuklah pelakon cantik, Zara Zya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zara ada berkongsi satu foto Outfit Of The Day (OOTD) buat tatapan peminat kesayangannya.

https://www.instagram.com/p/B6w1BR1nTdK/

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis pada posting berkenaan.

“HAPPY NEW YEAR 2020. Muka tu tak senyum sangat sebab masih single. Sekian ❤️,” tulis Zara ringkas.

November lalu, pelakon drama Pia itu mengesahkan telah putus tunang bersama pelakon, Hafreez Adam secara baik.

Lantas, ramai peminat membanjiri ruangan komen, meninggalkan pelbagai reaksi serta mendoakan yang terbaik buat Zara Zya.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *