Penyanyi, Muna Shahirah Munadi, 31, mengambil cabaran mengeluarkan single baharu bergenre dangdut berjudul Datanglah Sayang.
Menerusi siaran kenyataan, Muna berpendapat bahawa seorang penyanyi perlu berani mencuba serta dia tidak mempunyai masalah untuk membawa lagu dalam genre lain.
“Actually Muna tiada masalah untuk bawa sebarang genre lagu termasuklah tradisional atau dangdut. Sebab bagi saya sebagai penyanyi kena berani dan versatile barulah boleh lama bertahan dalam industri ini.
“Kalau setakat boleh nyanyi satu genre je jawapnya susah la kalau ada tawaran show yang memerlukan kita nyanyi pelbagai jenis lagu. So saya memang dah bersedia dari awal lagi,” katanya.
Bercerita mengenai kisah rumah tangganya, Muna meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Sean Tee Yeu Terng Abdullah, 27, yang berbangsa Cina Muslim itu memberi sokongan dalam kerjaya seninya.
“Alhamdulillah Sean tak pernah melarang saya untuk menyanyi, malah dia selalu bagi galakan. Apa yang saya suka buat dia tak pernah halang selagi ianya bukan perkara yang salah atau mengaibkan keluarga.
Dalam pada itu, Muna turut berharap agar single baharunya yang telah dilancarkan pada Disember tahun lalu mendapat tempat di hati pendengar.
Muna berharap agar single terbaru genre Dangdut ciptaan Mas Dewangga,Jova Devito dan Sabbala ini diterima pendengardan peminat.
“Saya rasa gembira dapat berkongsi rezeki melalui single hasil xiptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Sabbala untuk semua.
“Saya sentiasa berharap peminat akan terus menyokong saya sekarang dan sampai bila bila. Selepas ini, Insya-Allah, saya akan kembali dengan lagu leman (kampung) pula,” ujarnya lagi.