Gundah merupakan single terbaru penyanyi bertubuh genit bersuara lantang, Ernie Zakri.

Kemantapan vokalnya memang tidak dapat disangkal lagi apabila mampu membawa pelbagai jenis genre lagu sekaligus mencairkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Menerusi laman Instagram miliknya, Ernie memaklumkan music video rasmi Gundah bakal dilancarkan pada 27 Mac ini.
https://www.instagram.com/p/B-JlPGSppqj/
Untuk pengetahuan, lagu Gundah merupakan hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri.

Menurut Ernie, lagu Gundah ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed dan Hajjah Rokayah mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa.
Selain itu, lirik dalam lagu tersebut menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya). Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia.
Terdahulu, video lirik Gundah meraih lebih 877,000 jumlah tontonan selepas dimuat naik di laman Youtube pada 13 Disember 2019.
Post comments (0)