Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

MV Better Than You – Ayda Jebat Catat 1 Juta Tontonan!

today16 January 2020

Background

Selepas kejayaan dalam drama rantaian Cindai, nama pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat sekali lagi bersinar apabila video muzik single terbarunya, Better Than You mendapat sambutan baik daripada peminat.

Menerusi laman Instagram Ayda, gadis kelahiran Melaka itu mendedahkan klip video lagu berkenaan yang telah dilancarkan pada 6 Disember lalu telah mencapai lebih 1 juta tontonan di laman Youtube.

https://www.instagram.com/p/B7UxK9pAcxZ/

Better Than You turut menjadi runut bunyi bagi drama Cindai lakonan Ayda, Syazuwan Hassan dan Nazim Othman serta merupakan ciptaan Ayda bersama Irwan Simanjuntak.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada gadis bertubuh genit itu.

Tahniah Ayda! Memang best lagu Better Than You ni.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *