Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

MV Rasmi Mana Ada Hati – Ayda Jebat Trending, Layan habis!

today6 December 2019

Background

Selepas 9 bulan tampil dengan single Mana Ada Hati, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya melancarkan video muzik rasmi lagu berkenaan minggu lalu.

Lagu yang pernah menjadi OST drama Asalkan Dia Bahagia itu merupakan hasil ciptaan dan lirik oleh Ayda sendiri bersama Irwan Simanjuntantak.

Manakala video muzik Mana Ada Hati pula diarahkan oleh Rewan Ishak, dan penggambaran ini dijalankan di sekitar Filipina.

Menariknya, terdapat beberapa penampilan khas di dalam MV ini iaitu pelakon Indonesia Bryan Domani, Aktor Filipina Teejay Marquez dan juga Cecille Shihombing.

Sejak dimuat naik pada 29 November lalu, Mana Ada Hati telah trending di laman Youtube dengan jumlah tontonan meraih lebih 327,000.

Untuk pengetahuan, Ayda yang tampil dengan satu lagi single terbaru Better Than You akan melancarkan video muzik lagu berkenaan jam 9 malam ini, yang merupakan kesinambungan kepada lagu Mana Ada Hati dan OST drama Cindai. Nantikan!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *