
Pasangan duet serasi, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi tampil dengan muzik video (MV) lagu Takdir Tercipta selepas single terbaru berkenaan dilancarkan pada 9 September lalu.
Visual kebiru-biruan yang digunakan dalam MV ini cantik sangat kan? Tambah pula dengan vokal suara mereka yang mendayu. Loveee!
Untuk pengetahuan, muzik video Takdir Tercipta merupakan idea asal Hafiz yang mempunyai keistimewaan tersendiri menerusi jalan cerita yang dipaparkan.


Lagu berentak balada ini juga adalah hasil ciptaan Ikhwan Fatanna & Ayden Ali sementara liriknya ditulis oleh Ikhwan bersama Arisz Ab Rahman.
Selepas dimuat naik di laman Youtube Rabu lalu, MV Takdir Tercipta telah meraih lebih 135K jumlah tontonan serta menerima reaksi positif daripada peminat.
Post comments (0)