Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

My Chemical Romance Kembali Bersatu & Beri Kejutan Buat Peminat

today1 November 2019

Background

Umum mengetahui, kumpulan kegemaran ramai My Chemical Romance (MCR) pernah memberitahu mereka akan berpecah dan mahu membawa haluan masing-masing pada tahun 2013.

Namun, terkini menerusi laman Instagram rasmi kumpulan terbabit, MCR mengesahkan akan kembali bersatu dan mengadakan konsert pertama mereka selepas mereka tidak lagi bergabung.

https://www.instagram.com/p/B4S2JK1B44E/

Konsert tersebut bakal berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember ini.

Rata-rata pengikut mereka meluahkan rasa teruja selain tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan yang popular dengan lagu Welcome To The Black ParadeΒ itu.

MCR dianggotai oleh vokalis utama Gerard Way, pemain gitar bass Mikey Way, serta gitaris Ray Toro dan Frank Lero.

Untuk rekod, album terakhir yang diterbitkan oleh mereka ialah Danger Days: The True Lives Of The Fabulous KilljoysΒ yang lancarkan pada tahun 2010.

 

Sumber daripada: Instagram MCR

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *