Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nabila Huda Bawa Anak Kembara Kemboja

today16 May 2019

Background

Anak kesayangan pelakon Nabila Huda, Keisha Laila kini memasuki usia sembilan tahun apabila baru sahaja menyambut hari kelahirannya Ahad lalu.

Namun, hari besar itu diraikan lebih istimewa tahun ini kerana Nabila membawa Keisha ke Kemboja untuk menyertai kembara amal dengan menyelami kehidupan masyarakat Islam di negara itu.

“Selain dapat merasai pengalaman berpuasa di tempat orang, saya mahu mendidik Keisha supaya tidak lupa membantu insan yang kurang bernasib.

“Di samping bercuti, saya berharap Keisha dapat belajar menghargai erti kehidupan dengan melihat kesusahan orang lain,” katanya.

 

Menurut pelakon filem Munafik itu, Keisha begitu teruja mengikuti beberapa aktiviti yang disusun, termasuk penjagaan kebersihan, selain menyediakan hidangan berbuka puasa.

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi kejadian sukar yang dialaminya sebelum  berangkat ke negara itu, Isnin lalu.

“Suami, (Izwan Johar) terpaksa menangguhkan perjalanan ke Kemboja kerana barangan yang mahu dibawa melebihi had berat yang dibenarkan.

“Dia hanya bertolak, kelmarin kerana perlu menguruskan barangan yang ditinggalkan. Memang mencabar kerana suami sepatutnya memandu ke kawasan kampung yang agak terpencil itu.

“Syukur kerana rakan baik saya, Niesa Khalil sanggup mengambil alih tugas itu dan memberanikan diri memandu dan meredah gelap untuk sampai ke kampung itu,” luahnya.

Paling menyeronokkan, Nabila berkesempatan untuk memasak dan menjamu masyarakat Islam di Kemboja.

“Sudah lama saya berhasrat untuk memasak dan menjamu mereka yang memerlukan. Walaupun penat, usaha saya itu berbaloi apabila mereka begitu berselera menikmati hidangan yang disediakan,” katanya lagi. 

Wah, pengalaman di Kemboja sudah pasti akan menjadi kenangan termanis yang tak dapat dilupakan buat Nabila dan Keisha!

Written by: Jay


Previous post

Yang Hangat

Pengakuan Bella Astilah Tentang Alif Aziz di Jam Hot

Satu lagi episode kecurangan Alif Aziz tersebar di media sosial. Dan sehingga hari artikel ini ditulis, pihak Alif Aziz belum buat apa-apa kenyataan. Ketika isu ini berlaku, pada 14 May yang lalu Bella Istillah telah memuat naik post Instagram yang dia sudah bersedia untuk move on tanpa Alif. Jam Hot, Deen dan Haziq sempat menghubungi Bella untuk memberi respond kepada post tersebut.

today16 May 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *