Pelakon Nabila Huda baru baru ini memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Makrifat Cinta pada malam Festival Filem Malaysia ke 30.
Anak Nabila, Keisha Laila mencuri tumpuan ramai apabila tampil ke pentas menerima trofi mewakili ibunya itu.
Paling menarik, Keisha memakai pakaian tradisional Melayu seperti yang selalu digayakan ibunya.
Dalam Instagramnya, Nabila pula yang “melalak” selepas memenangi trofi itu.
Namun, kata Nabila, melalak itu bukanlah sebab nak menunjuk-nunjuk kemenangannya, tetapi dia terharu menyaksikan suaminya Mohd Izwan Johar dan Keisha naik ke pentas menerima trofi , memberikan sedikit ucapan ringkas, di mana Keisha siap didukung oleh suaminya!
https://www.instagram.com/p/Bvu-QwZF80d/?utm_source=ig_web_copy_link
Sebelum itu, Nabila turut berterima kasih kepada peminat yang menghantar kata-kata semangat kepadanya, selepas mengumumkan pernah keguguran.
Namun berita itu dirahsiakan daripada umum sebelum ini, dan dia hanya berkongsi moment disahkan hamil dalam Instagramnya semalam.
Video Nabila semalam memang membuatkan ramai yang sebak.
https://www.instagram.com/p/Bvte6QNlX5B/?utm_source=ig_web_copy_link
Post comments (0)