Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Orang Ingat Saya Gelak Kuat Kerana Suka Attention, Tapi..” – Ini Cara Janna Nick Melawan Penyakit

today23 August 2022

Background

Pelakon dan pengacara, Janna Nick memberitahu dirinya suka ketawa kerana ia merupakan ‘coping mechanism’ buat dirinya.

Menerusi perkongsian Janna di Instagram yang memuat naik podcast 3SixtyK bersama Zain Hamid, dia berkata orang ramai sangka dia seorang yang ‘extovert’ dan suka perhatian.

“Orang selalu ingat bila saya gelak kuat-kuat, saya orang yang extrovert dan suka attention. I annoyed them. Walhal…that’s my cope mechanism.

“Kalau situation tu macam awkward, soalan tu macam tak best dan joke tu macam tak funny, saya akan gelak dulu. So, orang rasa saya ni jenis insensitive,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tambahnya, kini dia tidak mahu mempedulikan pendapat orang lain kerana sudah lali dengan kecaman netizen.

Selain itu, Janna menghidap penyakit Bipolar dimana dia sering mendengar banyak suara di dalam kepalanya sehingga menganggu dirinya ketika solat dan bekerja.

Meninjau diruangan komen, penyanyi lagu Gatal ini menerima banyak kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis serta peminat agar sentiasa kuat.

“Love you babygirl,” komen Lisa Surihani.

“Proud of you,” kata Hafreez Adam.

“Stay strong Kak Janna sayang, I know you’re a strong person. Take care, ilysm,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post