Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Nabila Razali Lancar Single Peluang Kedua

today16 April 2020

Background

Tepat jam 12.01 am bertarikh 16 April 2020, penyanyi dan pelakon yang sedang meningkat naik Nabila Razali telah melancarkan single terbaharu berjudul Peluang Kedua.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya buat peminat kesayangan yang sudah lama menunggu kehadiran lagu tersebut.

https://www.instagram.com/p/B_Ag2ypJdPI/

Peluang Kedua sebelum ini pernah dijadikan lagu runut bunyi bagi drama lakonan Nabila iaitu Seindah Tujuh Warna Pelangi yang disiarkan melalui slot Akasia TV3.

Untuk pengetahuan, lagu yang penuh emosi ini merupakan hasil ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Universal Music Sdn Bhd.

Peluang Kedua boleh didengari di semua platform penstriman bermula 24 April 2020.

Jom saksikan video lirik rasminya di bawah.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *