Tepat jam 12.01 am bertarikh 16 April 2020, penyanyi dan pelakon yang sedang meningkat naik Nabila Razali telah melancarkan single terbaharu berjudul Peluang Kedua.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya buat peminat kesayangan yang sudah lama menunggu kehadiran lagu tersebut.
Peluang Kedua sebelum ini pernah dijadikan lagu runut bunyi bagi drama lakonan Nabila iaitu Seindah Tujuh Warna Pelangi yang disiarkan melalui slot Akasia TV3.
Untuk pengetahuan, lagu yang penuh emosi inimerupakan hasil ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Universal Music Sdn Bhd.
Peluang Kedua boleh didengari di semua platform penstriman bermula 24 April 2020.