Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nad Zainal Simpan Hasrat Jadi Pengarah

today16 March 2020

Background

Sejak di zaman kolej, pelakon Nad Zainal sudah menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pengarah suatu hari nanti.

Dalam usaha menjadikan impiannya satu kenyataan, pelakon bertubuh genit itu juga pernah mengambil elektif pengarahan.

Perkara itu diceritakan oleh Nad sendiri atau nama penuhnya Farah Nadia binti Zainal Abidin menerusi laman Instagram pada 14 Mac lalu.

https://www.instagram.com/p/B9tQjRIHYRT/

“betul ke orang kata director perempuan garang and suka berkarya ?? what say you actors??? tapi kalau i direct insyallah tak garang… ahahahahahahahahahaha!! boleh percaya ke ?? tapi betul dari zaman kolej simpan hasrat nak direct, pernah juga ambil elektif pengarahan.. tapi takut…takut dapat pelakon taknak dengar arahan kita pulak.. nak pulak shoot kawan-kawan..,” tulisnya panjang lebar.

https://www.instagram.com/p/B9tP09CHXtj/

Jika berusaha, tak mustahil angan-angan mampu menjadi kenyataan.

Sekadar informasi, Nad memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Nad yang kini memiliki 1.8 juta jumlah pengikut di Instagram juga pernah meraih trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014 dan trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *