Tahniah diucapkan buat pelakon, Nadia Aqilah yang kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 4 Disember lalu.
https://www.instagram.com/p/B5zTHNRnlAn/
Nadia yang popular menerusi drama Tari Tirana suatu ketika dahulu memaklumkan berita gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Ahad.
Difahamkan, bayi perempuan yang diberi nama Senja Aqilah binti Saiful Ridzuan dengan berat 2.95 kilogram (kg) itu ‘keluar’ tiga minggu lebih awal daripada tarikh sepatutnya Nadia bersalin.
Aww, mungkin si kecil sudah tidak sabar untuk bertemu kedua ibu bapanya.
Untuk rekod, Nadia dan suami, Saiful Ridzuan telah berkahwin pada April 2018.
Post comments (0)