Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Nadya Suleman, Wanita Melahirkan Kembar 8, Kongsi Foto Terkini!

today25 August 2020

Background

Anda ingat lagi tak kejadian yang jarang berlaku melibatkan seorang wanita melahirkan lapan bayi dalam satu masa ketika dahulu?

Ya, kisah tersebut berlaku lebih dari satu dekad yang lalu iaitu sekitar tahun 2009.

Pictures of a woman born six children from 2009 so far. - Weird ...

Wanita hebat yang bernama Nadya Suleman atau lebih dikenali sebagai Octomom menjadi tular ketika itu setelah melahirkan lapan bayi.

Kini, anak-anaknya sudah menjangkau usia 11 tahun.

Octomom Nadya Suleman Wants Reality TV Show

Nadya turut berkongsi gambar lapan anak-anak bongsunya di media sosial sambil tersenyum semasa keluar bersama.

Menerusi akaun Instagramnya, Nadya turut berkongsi nama anak-anak bongsunya iaitu Nuh; Yunus; Yeremia; Yosia; Yesaya; Makai; Nariyah dan Maliyah.

Octomom Reinvents Herself! Fresh Family Pic, Plus: All About Her ...

Menurut sebuah portal online, Nadya kini mempunyai 14 orang anak dan dia secara berkala mendokumentasikan kehidupan keluarganya di Instagram.

Namun, dia hanya mampu menangkap beberapa gambar anaknya dalam satu masa dan harus keluar dalam kumpulan yang lebih kecil.

Octomom' Nadya Suleman's Kids Today: See Her 14 Children Now

Terdahulu, lapor laman Worldation, Nadya telah berkahwin pada tahun 1996 dengan Marcos Gutierrez, tetapi kemudian bercerai pada tahun 2000.

Ketidakupayaannya untuk memiliki anak biasanya menjadi salah satu pencetus perceraian lalu dia membuat keputusan untuk memulakan program Persenyawaan in vitro (IVF).

Hasilnya, Nadya berjaya mendapatkan 6 orang anak dari 5 embrio yang ditanamkan di rahimnya secara berturut-turut sejak tahun 2001.

Berhajat ingin menambah satu bayi lagi, Nadya kemudian memutuskan untuk kembali menjalani program IVF berkali-kali. Hasilnya, bukan hanya satu yang dia dapat, tetapi 8 bayi kembar sekali gus dari 6 embrio yang ditanam ke dalam rahimnya.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *