
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing mencabar penuduh tampil dan bersemuka dengannya selepas dakwaan beliau minum arak dan makan daging babi di pejabat tersebar di WhatsApp.
Beliau tidak menolak mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang di masa depan.
Dalam kenyataan, beliau meminta pihak yang membuat dakwaan itu mendedahkan identiti jika tuduhan tersebut benar.
Tiong juga menafikan dakwaan dikatakan daripada “orang kanan” Kementerian Kesihatan itu, yang kononnya beliau mengarahkan kakitangan Islam membersihkan sisa makanan selepas makan daging babi dan minuman arak.
“Tuduhan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa saya seorang yang tidak menghormati penjawat awam dan mengaitkan kenyataan saya sebelum ini mengenai pengharaman minuman keras di Kedah…