Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nahas 2 helikopter: Sultan Pahang titah masjid laksana solat jenazah ghaib

today23 April 2024

Background


Nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi mengorbankan 10 anggota. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua masjid di negeri itu melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak, pagi tadi.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya, dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

Turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Nahas itu telah mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.

“Tragedi tersebut berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban,” menurut kenyataan itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post