Pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila akhirnya mampu membeli sebuah rumah hasil titik peluh sendiri.
Berita gembira tersebut dikongsikan juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) itu menerusi laman Instagram miliknya pada 1 Mac lalu.
https://www.instagram.com/p/B9MNHCMh1bJ/
Foto Naim di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat itu lantas mendapat perhatian peminat serta rakan selebriti yang turut berbangga melihat kejayaan anak seni berusia 22 tahun itu.
Mula berlakon sejak usianya kanak-kanak, masa depan Naim dilihat semakin cerah dalam industri hiburan tanah air apabila dia turut berbakat dalam bidang nyanyian, penulisan lirik serta penciptaan lagu.
Tahniah Naim! Semoga Naim sentiasa sukses dalam industri dan terus memberikan inspirasi buat orang ramai.
Post comments (0)