Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan semenjak 18 Mac lalu, telah menjadikan ramai individu lebih kreatif.
Termasuklah penyanyi Naim Daniel yang turut menjadi sebahagian daripada golongan berkenaan bagi menghiburkan pengikutnya.
Baru-baru ini, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi single Sumpah itu sekali lagi mencipta fenomena dengan mencipta dan menyanyikan sebuah lagu berjudul Nur Gardenia.
https://www.instagram.com/p/B-t9t2UhOYn/
Menggunakan melodi lagu Nur Kasih nyanyian kumpulan nasyid In-Team, Naim cuba menggubah liriknya seiring dengan situasi semasa yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia.
Terdahulu, sebuah syarikat pengeluar roti di Malaysia memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran disebabkan pengeluaran roti di kilang-kilang itu telah sampai ke tahap maksimum.
Ini telah menyebabkan rakyat Malaysia melakukan pembelian panik dengan kuantiti yang banyak.
Namun, selepas beberapa hari roti tersebut tidak lagi menjadi isu kerana syarikat berkenaan telah meningkatkan pengeluaran roti ke tahap 2.2 juta buku sehari menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam.
Post comments (0)