Penyanyi Naim Daniel pada 20 Januari lalu telah memuat naik sebuah video menerusi laman Instagram miliknya.
Video yang berdurasi kurang dari 2 minit itu memaparkan dia menyanyikan single terbaharunya berjudul Sembah.
Lebih menarik lagi menerusi kapsyen posting berkenaan, Naim turut memaklumkan bahawa dia bakal berkolaborasi bersama dengan gitaris terkenal iaitu Man Kidal.
https://www.instagram.com/p/B7fZb3ahlCK/
Menurut Harian Metro, lagu Sembah itu akan dilancarkan secara rasmi selepas Naim selesai dengan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
Terdahulu, lagu berkenaan mencetuskan kontroversi susulan penggunaan tanda pagar #SembahNaim yang dinggap bercanggah dengan akidah.
Naim dalam satu kenyataan segera menegaskan, tanda pagar berkenaan dicipta untuk memudahkan pencarian di Internet dan media sosial tanpa sebarang niat yang memesongkan akidah atau sebagainya.
Lagu ciptaannya bersama Ikkie itu bukanlah bermaksud menyembah sesuatu, namun ia juga tidak membawa maksud persembahan dan jalan cerita dalam lagu ini mengenai sebarang penyembahan.
Naim bagaimanapun berterima kasih kepada peminat yang memahami dan memandang tanda pagar itu dari sudut positif.
Post comments (0)