
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan untuk pendengaran permohonannya agar sabitan dan hukuman penjaranya dalam kes rasuah SRC International disemak semula.
Panel lima hakim dijangka mendengar permohonan tersebut hari ini, yang dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, untuk terlebih dahulu menentukan sama ada ia kes yang layak disemak semula.
Najib, 69, memfailkan permohonan semakan semula itu pada September selepas mahkamah tertinggi mengesahkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dalam kes itu.
Pada 23 Ogos, panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang jika gagal dibayar, akan ditambah lima tahun penjara.
Najib meminta keputusan itu diketepikan dan satu lagi panel hakim…