Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 24, berharap single terbarunya berjudul Kau Lupa Itu Aku (KLIA) dapat diterima pendengar terutama golongan muda.


Menurut Najwa, lagu ciptaan kakaknya, Ika Latif itu menyarankan anak muda supaya menerima qada dan qadar, lebih-lebih lagi dalam konteks cita-cita dan cinta.

Dimuat naik pada 30 Julai lalu, judul lagu yang diberi nama singkatan KLIA itu kini menerima lebih sejuta tontonan di laman Youtube.
“Alhamdulillah, dua bulan dimuat naik ke Youtube, ia mencecah sejuta tontonan.
“Sejujurnya Najwa dan kakak berharap pendengar dapat menerima lagu ini kerana kami percaya setiap daripada kita pernah merasa cinta yang tidak kesampaian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Najwa yang juga seorang pensyarah bakal merakamkan sebuah lagi single terbaharu yang dijangka diterbitkan hujung tahun ini.
Post comments (0)