Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Nak Nangis Dengar Lagu Ni” Netizen Kagum Isi Kandungan Lagu Baharu Drama Band, Jangan Buat Kerja Tuhan

today10 July 2020

Background

“Nak nangis dengar lagu ni. Di sudut hati kecil ni sedih dengan bicara netizen sekarang,”

Itulah luahan salah seorang pendengar selepas menonton dan mendengar lagu baharu kumpulan Drama Band berjudul Jangan Buat Kerja Tuhan (JBKT) yang dilancarkan di laman Youtube pada 9 Julai 2020.

Menurut vokalis kumpulan berkenaan iaitu Aepul Roza, JBKT menyajikan mesej berbeza dan diinspirasikan daripada surah Al-Isra’.

“Satu lagi inspirasi kami adalah apa yang berlaku di media sosial kebelakangan ini mengenai sikap sesetengah manusia yang suka menghukum orang lain,” ujar Aepul.

Sementara itu, terdapat beberapa penonton yang menyaksikan video muzik itu turut berasa kagum dengan kumpulan tersebut yang kini telah menemui identiti untuk mencipta lagu berbentuk nasihat.

Sehingga kini, video muzik lagu JBKT yang di muat naik di platform tersebut telah menerima lebih daripada 30,000 jumlah tontonan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *