
PETALING JAYA: Seorang pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, namanya disalahgunakan dalam hantaran media sosial mendakwa seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlibat dalam penganugerahan projek bernilai RM4 juta tanpa tender terbuka.
Kontroversi itu berkisar dakwaan bahawa projek penerbitan DBKL bernilai RM4 juta dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik ‘kroni’ ahli lembaga penasihat itu tanpa melalui proses tender yang sewajarnya.
Hantaran itu mendakwa, Anwar dan setiausaha politiknya, Azman Abidin, maklum tentang projek-projek yang dipohon oleh ahli lembaga penasihat itu, mendorong pengarah DBKL mempercepat kelulusan.
Azman berkata, tokoh politik sering menjadi sasaran mudah dakwaan palsu sedemikian.
“Nama saya ni popular sekarang, banyak sangat orang jual. Tak boleh buat apa,” katanya kepada FMT.
“Sesiapa pun…