Siapa masih ingat dengan penyanyi lagu Hantu Atau Buaya, Nana Sheme?
Selepas lama menyepi dari industri muzik, Nana, 25, yang kini semakin meningkat dewasa tampil dengan buah tangan terbaharu, Ragu-Ragu ciptaan penyanyi dan komposer, Nadya Fatira.
Menariknya, lagu tersebut telah digubah oleh komposer Indonesia, Barry Maheswara dan diuruskan syarikat pengurusan, Xeno Entertainment. Beruntung Nana kan!
Sejak dilancarkan dua bulan yang lalu, video muzik Ragu-Ragu kini sudah mencecah lebih setuja tontonan di laman YouTube, menampilkan pelakon Indonesia, Rizky Billar.
Menurut laporan Berita Harian, Nana memilih elemen muzik bercirikan Indonesia kerana menggemari genre muzik sedemikian.
“Sebagai penyanyi, kita yang perlu mendidik pendengar. Tak mungkin sampai bila-bila saya mahu menyanyikan lagu genre sama. Masa muda dahulu, jadi lagu seperti Hantu dan Buaya serta Boleh Blah sesuai dengan usia.
“Namun, apabila meningkat dewasa, saya perlukan lagu lebih matang. Namun, itu bukannya bermakna saya tak mahu membawakan lagu lama sewaktu persembahan. Lagu lama boleh menghiburkan penonton dan seronok melihat mereka menyanyi bersama,” katanya.
Post comments (0)