
PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarahkan segera menyiasat dan menyediakan laporan terperinci berhubung kes kematian kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa dera di Johor, Isnin lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menerusi kenyataan berkata, JKM akan menyediakan laporan dengan lebih terperinci berhubung kronologi, sejarah serta setiap perkembangan kes itu.
“Polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini dan saya memberikan jaminan bahawa KPWKM serta agensi bawahnya akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut,” katanya.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail sejak 23 Dis selepas dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang, Batu Pahat,…