
PETALING JAYA: Pemuda Umno menempelak dakwaan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong bahawa Barisan Nasional (BN) cuba menghalang pengundi daripada membuang undi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Ketua sayap itu Asyraf Wajdi Dusuki berkata pembangkang sebelum ini menuduh gabungan itu gila kuasa kerana mendesak Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya.
“Lepas bubar tuduh pula BN ‘cipta naratif mengundi itu buang masa. Yang mana satu ni,” soal Asyraf di Facebook malam ini.
Semalam Liew yang juga timbalan setiausaha agung DAP mendakwa BN cuba mencipta nararif ‘mengundi itu membuang masa’, ‘tiada guna kita keluar mengundi’ dan ‘tiada harapan lagi untuk Malaysia’.
Beliau mendakwa, BN mencipta naratif negatif tersebut untuk tidak…