Pelakon Nazim Othman mengaku sebelum ini mendengar khabar angin mengatakan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly seorang yang garang dan bersuara seperti ‘petir’.


Bagaimanapun, setelah dua kali berpeluang bekerjasama dengan produksi JS Pictures milik Sheila, Nazim mempunyai pandangan berbeza terhadap penerbit telemovie Silang itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh Nazim sendiri menerusi laman Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B1OW-5BAbFl/
Perkongsian yang dibuat ternyata turut mendapat persetujuan ramai termasuk teman-teman artis seperti Catriona Ross dan juga Zara Zya.

Post comments (0)