Tahniah diucapkan buat pelakon Nazrief Nazri, 28, yang selamat disatukan dengan seorang model hijab, Aizatul Aqma Hamdan, 25, di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa pada petang Jumaat lalu.
https://www.instagram.com/p/B46I7TGAvmf/
“ALHAMDULILLAH. Maka bermulalah perjalananan hidup kami sebagai suami isteri.
Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai kami yang hadir ke majlis sederhana kami petang semalam. Kepada yg tidak mendapat jemputan, kami mohon maaf kerana majlis kami dibuat secara sederhana sahaja. InshaaAllah, jika tiada aral melintang kami akan jemput utk majlis resepsi nanti. Doakan hubungan kami diberkati dan berpanjangan sampai syurga. I love u syg @angellajoliey,” katanya yang popular menerusi drama Leftenan Zana.
Pada majlis berkenaan, Nazrief menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80, beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan, selain wang hantaran sebanyak RM15,000.
https://www.instagram.com/p/B47YRI4APaF/
Untuk pengetahuan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman sosial Instagram sebelum berkawan rapat dan kemudian melangkah ke fasa perkahwinan.
Post comments (0)