Pengacara dan pelakon popular, Neelofa tampil dengan idea kreatif apabila menggunakan aplikasi Telegram untuk berkongsi doa-doa harian, solat, motivasi dan pelbagai ilmu lain bersama peminat.

Selain itu, saluran yang diuruskan sendiri oleh Neelofa itu turut mengandungi video-video ceramah agama dan ayat suci al-Quran sempena bulan yang mulia, Ramadan.
“Saluran Telegram ini diwujudkan kerana sambutan Ramadan kali ini sangat istimewa berbanding sebelumnya.
“Kali ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan keluar daripada kediaman. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.
“Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang, Alhamdulillah… Ini antara keindahan Ramadan kali ini,” katanya kepada akhbar Berita Harian.



Saluran Telegram tersebut boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci Neelofa dan setakat artikel ini ditulis, ia telah berjaya menghimpun lebih 102,000 jumlah pengikut.
Semoga segala perkongsian selebriti berusia 31 tahun itu dapat memberi manfaat kepada peminat.


Post comments (0)