Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Negara Kanada Pernah Senarai Hitam Nama Yuna?

today4 September 2024

Background

Penyanyi terkenal, Yuna mendedahkan namanya pernah disenarai hitam gara-gara memasuki negara Kanada tanpa dirancang.

Menerusi temu bual bersama podcast bersama Debonair, Yuna menjelaskan kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama beberapa orang ingat menikmati halal setelah selesai membuat persembahan di Detroit, Amerika Syarikat (AS).

“Selepas habis persembahan di Detroit kami sangat lapar dan teringin makan pizza. Ketika itu saya guna telefon Blackberry dan terjumpa ada satu kedai masih buka waktu 1 pagi, yang penting halal

“Kami pun bergerak ke lokasi tersebut dan ketika dalam perjalanan tu nampak satu papan tanda mengatakan ‘anda kini sedang meninggalkan Amerika Syarikat.

“Kemudian kami melaluI satu terowong yang menghala ke kawasan sempadan Kanada-AS. Kami cuba terangkan situasi itu kepada kakitangan imigresen Kanada tapi tidak berjaya kerana tiada visa walaupun bawa passport,” katanya.

Tambah pelantun lagu popular Terukir Di Bintang itu, insiden itu membuatkan namanya disenarai hitam selama beberapa tahun sehingga perlu melalui pemeriksaan ketat setiap kali dia membuat persembahan di Kanada.

“Nama saya disenarai hitam untuk beberapa tahun dan setiap kali saya ada persembahan di Kanada saya perlu melalui pemeriksaan yang sangat ketat oleh imigresen,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Debonair (@debonair_podcast)

Difahamkan, perkara tersebut berlaku ketika di awal kemunculan kerjaya muzik di AS sekitar 14 tahun.

Sebelum ini, nama Yuna hangat menjadi sebutan ramai selepas gaya penampilan tudungnya dikritik ramai.

Artikel Berkaitan: Pakai Tudung Nampak Leher, Didakwa Tak Ada Niat Tutup Aurat… Yuna Bidas Komen Netizen Toksik! – “Sila ‘Unfollow’ Saya!”

Written by: Aqilah


Previous post